Terima Kasih kerana mengunjungi blog Wani Star Bee. Saya sedia membantu anda yang ingin mencari informasi mengenai produk Kecantikan Mary Kay. Jika berminat.. anda boleh menghubungi saya Wani di 0162249539 atau email saya di wanistarbeemk@gmail.com

Tuesday, 7 December 2010

Hargai Bibir Anda



Bibir, setiap dari kita mempunyai bibir. Ada yang menjaganya dan ada yang ambil ringan saja. Tahukah anda, dari bibir kita akan tahu samada seseorang itu sihat atau tidak, dan adakah dia seseorang yang menjaga penampilannya atau tidak. 

Bibir kita hanya mempunyai lapisan kulit yang nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sahaja. Sedangkan kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir kita tidak mempunyai liang roma, kelenjar peluh mahupun kelenjar sebum yang dapat menghasilkan lembapan. Oleh kerana itu bibir kita adalah bahagian yang mudah kering, sensitif dan paling perlu di jaga berbanding bahagian lain di wajah kita.

Disini ada sedikit tips ringkas untuk kita menjaga bibir kita supaya sentiasa sihat, lembap dan mongel hehehehe..

Siang Hari - Dengan menyapu pelembab bibir setiap kali kita keluar rumah merupakan asas yang paling penting dan selalu di anggap remeh oleh kita. Sebelum menyapu sebarang pelembab, penting kita memastikanlah bibir kita kering dan tidak basah. Ini dapat membuatkan pelembab dapat di aplikasikan dengan sempurna dan berkesan. Anda boleh memilih pelembab 'Satin Lip Balm' atau pelembab 'Tinted Lip Balm SPF 15' yang mempunyai warna yang unik.


Satin Lip Balm



 Tinted Lip Balm Sunscreen SPF 15




Malam Hari - Amatlah penting sebelum tidur, kita mencuci kesan2 lipstick pada bibir kita. Gunalah Oil Free Make up Remover dari Marykay. Ia begitu mudah digunakan dan bibir anda akan cukup bersih dengan hanya satu sapuan sahaja.



 Oil Free Make Up Remover





Seminggu Sekali - Bersihkan bibir kita dengan menggunakan Satin Lip Mask hanya seminggu sekali. Fungsi Lip Mask ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang telah mati. Hasilnya, bibir anda akan menjadi lebih merah, licin dan sihat. Kemudian jangan lupa sapukan Satin Lip Balm.


 Satin Lip Mask





Age-Fighting Lip Primer mencipta rupa bibir yang lebih sihat dengan melawan garis-garis dan kedutan sementara mikrosfera berbaur cahaya mengurangkan kemunculannya. Gunakannya diatas bibir, didalam dan di luar garisan bibir, untuk melanjutkan jangka pemakaian lipstik dan mengelakkan lipstik dan pengilat bibir daripada menjadi comot.

Kini anda boleh  mendapat faedah antipenuaan dan faedah perangsang sedia dalam satu produk! Dan bentuk stik baru menjadikannya mudah dipakai sepanjang hari.

Age-Fighting Lip Primer




Note : Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya penyumbang utama bibir kita kering dan mengelupas. Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm ok.

Mineral Powder Foundation



Mineral Powder Foundation ialah rakan sejati kulit anda. Ini kerana bedak asas berasaskan mineral terkenal dengan sifat penyerap minyaknya, mudah dipakai, liputannya cemerlang serta melekat pada kulit. Selain itu, bedak asa ini juga amat setia menyembunyikan usia sebenar anda dengan mengisi garis-garis halus dan kedutan. Memang sesuai dijadikan kawan karib bukan?

Rahsia pemakaian mineral powder pula tidak lengkap tanpa berus yang sesuai. Mineral Foundation brush memang direka khas untuk dipadankan bersama Mineral Powder. Ia memang dicipta khas untuk saling melengkapi supaya dapat memberikan hasil yang maximum kepada pengguna. Bulu berusnya diperbuat dari bulu semulajadi yang lembut, pendek dan sungguh rata dibahagian hujungnya. Ia dibentuk begitu rupa untuk memberikan sapuan mineral powder dengan begitu kemas dan sempurna.

 
tip pemakaian
Cara memakai bedak asas:-

1. Bersihkan muka anda dengan skin care yang sedia ada. Kemudian biarkan pelembab dan skin care di muka kering dahulu.

2. Goncangkan bekas bedak secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan bedak asas kedalam pengayak. Buka penutup bedak dan celupkan sedikit Mineral Foundation brush kedalam bekas dan ketuk sedikit pada bingkai bekas untuk menbuang lebihan bedak. Anda tidak perlu menggunakan semua bedak yang terlekat di brush tadi.

3. Putar-putarkan brush di dalam penutup supaya bedak melekat pada bulu brush.

4. Untuk menggunakannya, mula dari sapuan di bahagian tengah muka, dan sapukan ketepi muka hinggalah ke garis rambut. Untuk paras yang lebih natural, memadailah dengan satu sapuan sahaja. Untuk sapuan yang lebih tebal, ulangilah sapuan sehingga anda rasa sesuai dengan apa yang anda inginkan.

5. Anda akan dapat lihat hasilnya yang begitu natural dan yang penting brush Foundation + Mineral powder ini memang tidak akan mencomotkan dan menjadikan muka anda bercapuk -capuk.

TimeWise Targeted-Action Eye Revitalizer





Serum yang penuh berkesan ini mengandungi sebatian eksklusif yang dirumus khas untuk mengatasi pelbagai punca lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.


Cuba anda lihat cermin, ada tak lingkaran hitam atau omputih panggil eye bag sekitar bawah mata?
Bagi yang mementingkan penampilan sudah pasti ini amat merungsingkan. Melalui pembacaan saya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Antaranya ialah;

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

Kini anda boleh merawat dan mengurangkan masalah anda dengan menggunakan Timewise® Targeted-Action® Eye Revitalizer dari Mary Kay. Ia adalah serum yang dirumus khas untuk menghilangkan lingkaran hitam dan sembab di bahagian bawah mata. Kulit di sekeliling mata kita adalah kulit yang sangat sensitif kerana ia tidak mempunyai banyak kelenjar sebum dan kolagen berbanding dengan kulit muka di bahagian lain. Sebab tu bila memakai mask pun kita dilarang sama sekali letak dibahagian bawah mata.
Apabila wanita yang ada lingkaran hitam ini, pad lemak di bawah dermis merosot, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis, tidak bermaya, gelap dan sembab. Gunalah TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer Mary Kay untuk mengatasi lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. Anda akan merasai sendiri keberkesanannya.


Lain-lain produk penjagaan mata:-

Mary Kay® Eye Primer
Formula baru ini, tahan air dan mencipta landasan sehingga warna mata anda meluncur mulus dan tetap sempurna tanpa kekusutan atau noda. Ini terbukti untuk memanjangkan dan memperhebat warna mata.
Dirumus untuk meminimumkan kemunculan garishalus dan kedutan secara luar biasa.

Bayangkan suatu krim mata mewah yang begitu canggih untuk meningkatkan ketegangan, kecerahan, membekalkan lembapan mantap serta mengurangkan garis halus dan kedutan di sekitar mata.

Item yang perlu ada untuk menanggalkan mekap mata secara lembut dan mudah.

Menyejukkan dan mententeramkan. Mengandungi bahan botani yang dilaporkan dapat menegang, memejal dan mengurangkan kewujudan kesembapan di kawasan mata.


 

Set Microdermabrasion TimeWise


Kepuasan segera..Perlukannya! Mahukannya! Dapatkannya!

Rasakan kulit yang segera menjadi lebih lembut dan licin. Menghapuskan garis halus dan saksikan pori menjadi kecil dengan Set Microdermabrasion yang luar biasa berkesan. Sungguh hebat!

Set TimeWise Microdermabrasion menggunakan hablur aluminium oksida yang sama digunakan oleh ahli dermatologi. Anda akan nampak faedah yang segera, tidak perlu janji temu. Hapuskan garis halus, mengecilkan pori dan perolehlah kulit yang cantik licin dengan serta-merta.

VITAMIN UNTUK KULIT ANDA
Turut dikenali sebagai prosedur makanan tengah hari di mana kristal2 aluminium oksida dilakukan keatas kulit sebelum di tanggalkan sambil membawa bersamanya lapisan luar kulit. Rasakan kulit yang segera menjadi lembut dan licin. Segera menghapuskan garis2 halus, memperhalus pori-pori, menjadikan kulit yang sungguh cantik, licin dengan 2 langkah sahaja. Tak percaya?? Percayalah saya :))

Microdermabrasion boleh digunakan pada bila-bila masa samada pagi, petang atau malam. Sesuai di pakai 2 atau 3 kali seminggu selepas pemakaian pencuci muka tetapi amat TIDAK sesuai di pakai setiap hari. Set ini amat sesuai bagi yang mempunyai kulit yang kusam dan mempunyai parut jerawat. Anda akan rasa kulit anda semakin licin setelah menggunakannya.
Kandungan vitamin yang berlebihan dapat merangsang peredaran kulit agar menjadi lebih anjal dan gebu. Set ini merupakan serum mewah yang merupakan prosedur bukan pembedahan yg sangat popular di US.
Hasil penggunaan set ini dalam masa satu minggu dan berbeza antara seseorang:-

85% nampak penambahbaikan dari segi tekstur kulit
73% nampak pengurangan dari segi garis-garis halus
71% nampak pori-pori lebih mengecil

Set Acne Prone Skin




Dalam masa 3 hari kulit yang mudah diserang akne akan beransur pulih.Anda mengimpikan kulit yang jernih.Namun hari demi hari anda mendapati akne itu merenung anda kembali di balik cermin.Wanita dari semua peringkat umur menderita akibat akne yang berterusan. Mengapa?Dan apa yang boleh dilakukan terhadapnya?Acne Prone Skin ada jawapannya...  Kini anda tidak perlu risau lagi, dengan sistem 3 langkah yang hebat ini anda tentu tidak percaya betapa berkesannya sistem ini bertindak.

1) Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin- Pembersih jernih, ringan ini segera bertukar kepada busa lembut utk membantu menyingkirkan minyak berlebihan. Ia dibilas bersih tanpa meningggalkan sebarang sisa serta memastikan kulit mati di permukaan tidak menyumbat pori. Formula ini menjadikan kulit bersih, segar dan sedia utk langkah yg seterusnya

2) Spot Solution for Acne-Prone Skin - Formula berasakan botani ini  mengatasi kecelaan dan membantu mengurangkan kewujudan akne pada masa akan datang dengan mengelupas kulit secara lembut. Krim yang amat berkesan ini pantas meresap dan tidak meninggalkan sisa.

3) Pore-Purifying Serum For for Acne-Prone Skin - Serum jernih bak sutera ini membantu mengawal minyak yang mungkin menyebabkan jerawat. Formula yang kuat ini meluncur licin dan pantas terserap untuk mengecilkan pori serta mengurangkan kilat muka .

4) Body Spray for Acne-Prone Skin - Semburan cepat kering dan menyegarkan ini membantu menembusi pori-pori bagi membersihkan minyak dan daki yang terperangkap, mengurangkan kemerahan berkaitan dengan kecelaan, membantu  mengelupas permukaan kulit, dan mengawal minyak yang berlebihan. 




  Acne Blemish Skin




Healthy Skin



Apakah itu Akne?
Akne ialah pori-pori yang tersumbat iaitu apabila minyak yang terperangkap di dalam pori-pori kulit berterusan mengeluarkan minyak, pori-pori yang tersumbat semakin membesar dan akan berlakulah iritasi.

Mary Kay Acne Prone Skin bertindak dengan menghalang aktiviti di atas daripada berlaku.
Produk ini yang mengandungi 2% Salicylic Acids meresap ke dalam pori-pori dan bertindak menghalang lebihan minyak yang terperangkap, membantu menghilangkan jerawat dan mengawal pengeluaran minyak.
 
Kesemua produk ini mengandungi bahan daripada tumbuhan Canadian Willowherb, Sea heather dan burdock root.
 
Produk ini sesuai untuk mereka yang mengalami jerawat sederhana dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sekiranya anda mempunyai jerawat yang kronik, sila dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu atau ambil antibiotik untuk membunuh kuman.

Hasil dan keputusannya selepas 3 hari:-
  • Kulit bertambah sihat
  • Clarifying Cleanser menghilangkan lebihan minyak dan membuatkan kulit rasa bersih
  • Pore Purifying Serum dan Spot Solution menolong mengawal minyak dan kilatan tanpa meninggalkan rasa tegang dan kurang selesa serta mengurangkan benjolan jerawat.

Set MelaCep Whitening System


Anda inginkan kulit yang cantik, cerah dan berseri? Produk ini ada jawapannya....dapatkanlah Set Melacep Whitening System. Ia dapat menghasilkan kulit yang lebih cerah, mengurangkan pigmentation, dan menjadikan kulit anda lebih berseri-seri serta nada kulit yang sekata tanpa cela.
Antara produk Set MelaCep Whitening System:-

1) Foaming Cleanser - Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menghapus segala kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.

2) Freshner - Penyegar lembut ini menanggalkan sisa kotoran, menjadikan kulit berasa segar dan halus.

3) Essence - Serum yang cepat meresap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit agar nampak lebih cerah.

4) Day Moisturizer with SPF 15 - Melindungi kulit anda daripada sinaran UV dengan formula ringan dan melembapkan.

5) Night Cream - Belailah kulit anda dengan krim mewah ini sambil anda tidur.Formula yang mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan ketika kulit anda menggunakannya untuk memulih dan memperbaharui.

6) Dark Spot Serum - Pigmentasi anda akan semakin pudar serta mengurangkan keketaraan dalam jangka panjang.

7) Mask - Masker yang kaya dengan lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin.

Set Miracle TimeWise


Miracle Set TimeWise adalah produk anti penuaan yang amat luar biasa. Ia dapat menjadikan kulit anda lebih muda dari usia sebenar. Ia memang di reka khusus bagi menghapuskan kedutan dan menjadikan kulit lebih muda dan berseri. Pembersih boleh tahan sehingga 4-6 bulan, pelembab 8-12 bulan dan Day and Night Solution 4 bulan setiap satu mengikut jumlah yang anda gunakan.

Penggunaannya setiap hari dapat membantu kulit anda lebih licin, lembut, tegang, kurang garisan dan kedutan. Set Miracle menawarkan 11 faedah dlm 1 rejimen penjagaan kulit iaitu membersih, mengelupas, menyegar, menghidrat, melicin, menegang, melembut, melindungi, mencergaskan, membina semula dan mengurangkan garis halus serta kedutan. Untuk mendapatkan semua faedah ini, gunalah Set Miracle TimeWise setiap hari.

Antara produk yang terdapat di dalam Set Miracle TimeWise ialah:- 

1) TimeWise 3 in 1 Cleanser - Membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit anda dalam satu langkah dan mulakan proses memperlihatkan kulit yang tampak lebih muda
    
2) TimeWise Age Fighting Moisturizer - Mengurangkan garis-garis halus dan melembapkan kulit sehingga 10 jam

3) TimeWise Day Solution Sunscreen SPF 25 -Membantu mencegah garis halus dan kedutan serta melindungi kulit dari sinar UVA/UVB yang boleh memudaratkan kulit, sementara peptida membantu melegakan garis-garis kedutan.

4) TimeWise Night Solution - Ramuannya yang terdiri dari mikro kapsul Nutribeads yang mengandungi vitamin dan antioksidan, peptida diperkaya kolagen bersatu untuk membantu memudarkan garis-garis dalam  kedutan ketika anda tidur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...