Terima Kasih kerana mengunjungi blog Wani Star Bee. Saya sedia membantu anda yang ingin mencari informasi mengenai produk Kecantikan Mary Kay. Jika berminat.. anda boleh menghubungi saya Wani di 0162249539 atau email saya di wanistarbeemk@gmail.com

Tuesday, 7 December 2010

Mineral Powder Foundation



Mineral Powder Foundation ialah rakan sejati kulit anda. Ini kerana bedak asas berasaskan mineral terkenal dengan sifat penyerap minyaknya, mudah dipakai, liputannya cemerlang serta melekat pada kulit. Selain itu, bedak asa ini juga amat setia menyembunyikan usia sebenar anda dengan mengisi garis-garis halus dan kedutan. Memang sesuai dijadikan kawan karib bukan?

Rahsia pemakaian mineral powder pula tidak lengkap tanpa berus yang sesuai. Mineral Foundation brush memang direka khas untuk dipadankan bersama Mineral Powder. Ia memang dicipta khas untuk saling melengkapi supaya dapat memberikan hasil yang maximum kepada pengguna. Bulu berusnya diperbuat dari bulu semulajadi yang lembut, pendek dan sungguh rata dibahagian hujungnya. Ia dibentuk begitu rupa untuk memberikan sapuan mineral powder dengan begitu kemas dan sempurna.

 
tip pemakaian
Cara memakai bedak asas:-

1. Bersihkan muka anda dengan skin care yang sedia ada. Kemudian biarkan pelembab dan skin care di muka kering dahulu.

2. Goncangkan bekas bedak secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan bedak asas kedalam pengayak. Buka penutup bedak dan celupkan sedikit Mineral Foundation brush kedalam bekas dan ketuk sedikit pada bingkai bekas untuk menbuang lebihan bedak. Anda tidak perlu menggunakan semua bedak yang terlekat di brush tadi.

3. Putar-putarkan brush di dalam penutup supaya bedak melekat pada bulu brush.

4. Untuk menggunakannya, mula dari sapuan di bahagian tengah muka, dan sapukan ketepi muka hinggalah ke garis rambut. Untuk paras yang lebih natural, memadailah dengan satu sapuan sahaja. Untuk sapuan yang lebih tebal, ulangilah sapuan sehingga anda rasa sesuai dengan apa yang anda inginkan.

5. Anda akan dapat lihat hasilnya yang begitu natural dan yang penting brush Foundation + Mineral powder ini memang tidak akan mencomotkan dan menjadikan muka anda bercapuk -capuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...