Terima Kasih kerana mengunjungi blog Wani Star Bee. Saya sedia membantu anda yang ingin mencari informasi mengenai produk Kecantikan Mary Kay. Jika berminat.. anda boleh menghubungi saya Wani di 0162249539 atau email saya di wanistarbeemk@gmail.com

Tuesday, 14 December 2010

Bibir Menawan

Bibir yang menawan akan terserlah dengan penggunaan lipstik yang sesuai dengan anda. Warna bibir juga penting bagi seseorang yang inginkan penampilan yang berkaraktor. Lipstik Mary Kay meneyediakan rona-rona warna yang anda inginkan dan sesuai dengan apa saja jenis penampilan anda.





Mary Kay® Creme Lipstick

Ia merupakan lipstik yang memberikan pemakaian yang tahan lama, dan warna yang tidak berubah. Formula ringan berkrim ini meluncur pada bibir untuk memberikan lembapan segera serta warna maksimum yang tahan lama.

Untuk melihat warna-warna rona Creme Lipstik, klik disini






Mary Kay® NouriShine Lip Gloss

Formula super ringan inin memberikan keselesaan maksimum dengan sinar yang maksimum. Ia merata, melembut dan tidak berasa melekit. Nourishine Lipgloss sarat dengan pelembap dan perapi sepenuhnya - lebih daripada 80% - dengan itu bibir berasa luar biasa lembut dan halus. Ia juga diperkuat dengan vitamin A dan E yang membantu membentuk perlindungan yang melawan radikal bebas penyebab kedutan dan juga dedahan kepada persekitaran.

Untuk melihat warna-warna Nourishine Lip Gloss, klik disini






Mary Kay® Lip Liner

Formula licin, berkrim dan kalis air dalam bentuk pensel boleh sentut yang tidak perlu ditajamkan. Ia meluncur secara mudah dengan garis yang bersih, tepat untuk menyerlahkan bibir secara sempurna.

Untuk melihat warna-warna Lip Liner, klik disini


Tip Pemakaian Warna Bibir:-

1. Untuk membantu menambahkan pemakaian lipstik, ciptalah satu asas cantik dengan menggaris bibir menggunakan penggaris di sepanjang garis bibir semulajadi dan warnakan bibir dengan penggaris bibir. Kemudian sapukan lipstik.

2. Anda boleh menggandakan pilihan warna anda dengan mencampurkan dua atau lebih rona lipstik dan pengilat bibir untuk mencipta penampilan tersendiri.

Tip Pemakaian untuk Bibir Nipis:-

1. Padamkan garis bibir sedia ada dengan penyamar atau bedak asas.

2. Gunakan Mary Kay Lip Liner untuk melukis garis sedikit di atas garis asal dan di sekitar garis bibir bawah.

3. Warnakan bibir dengan penggaris bibir untuk mencipta asas yang cantik bagi membantu meningkatkan jangka tahan lipstik.

4. Letakkan sedikit penyamar cerah di tengah-tengah bibir atas dan bibir bawah.

5. Sapukan Mary Kay Creme Lipstik.

6. Kemaskan bibir dengan memakai Mary Kay Nourishine Lip Gloss di tengah-tengah bibir di atas lipstik supaya bibir tampak lebih tebal.


Lain lain produk Lip:-

TimeWise® Age-Fighting Lip PrimerIa mencipta rupa bibir yang lebih sihat dengan melawan garis-garis kedutan sementara mikrosfera berbaur cahaya mengurangkan kemunculannya. Gunakannya di atas bibir, di dalam dan di luar garisan bibir, untuk melanjutkan jangka pemakaian lipstik dan mengelakkan lipstik dan pengilat bibir daripada menjadi comot.


Satin Lips® Lip Mask
Ia mengelupas sel kulit mati di permukaan yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Satin Lips® Lip BalmHaasil kajian klinikal menunjukkan bahawa sekali sahaja memakai Satin Lips Balm dapat melembapkan bibir untuk sekurang-kurangnya enam jam.

Satin Lips® Lip Brush
Menghilangkan warna bibir dengan mudah dan cepat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...