Serlahkan mata anda dengan pelbagai produk kosmetik berwarna. Ia memberi anda kebebasan dan keserbabolehan untuk membantu anda memperibadikan penampilan yang sepadan dengan gaya anda serta membolehkan anda berasa cantik. Sebagai pengguna, anda boleh berasa yakin bahawa koleksi warna Mary Kay sentiasa mencerminkan trend terkini dan formula antara tercanggih di pasaran.
Di bawah ini antara produk kosmetik warna Mary Kay..
Mary Kay® Mineral Eye Color
Mary Kay Mineral Eye Color sangat ceria, tersendiri dan penuh dengan personaliti. Formula berasaskan mineral ini menyediakan rona yang jelas, tahan lipat, tahan pudar dan tampak hebat pada nada kulit anda.
Untuk melihat warna-warna mata Mineral Eye Color yang hebat,
klik disini
Mary Kay® Eyeliner
Ia merupakan pensel penggaris mata (celak mata) mekanikal yang meluncur licin untuk pemakaian tahan air dan tidak mudah comot
Tip Pemakaian:-
1. Keluarkan penggaris mekanikal ini dengan cara memutarkannya ke atas secara perlahan. Tutup kembali tudungnya selepas guna.
2. Secara lembut, buat garisan tunggal di pangkal kelopak mata atas berdekatan garis bulu mata dari bahagian sudut dalam hingga ke sudut sebelah luar.
3. Lukis satu lagi garis betul-betul di bawah bulu mata bawah, dari luar ke arah sudut dalam. Jika suka, lembutkan dengan Dual-End Eyeliner / Eyebrow Brush.
4. Hanya pakai di atas bulu mata atas dan di bawah bulu mata bawah, jangan sekali-kali di atas kelopak mata bahagian dalam.
Mary Kay® Liquid Eyeliner
Formula tahan pakai dan tahan air ini mengering dalam beberapa saat sahaja untuk memberikan warna yang jelas dan kekal sepanjang hari. Sapulah secara mudah dengan aplikator berhujung felt.
Tip Pemakaian:-
1. Ketatkan tudung dan goncang secara teliti.
2. Gunakan aplikator berhujung felt untuk memakai Liquid Eyeliner sepanjang garis bulu mata atas anda.
3. Anda juga boleh sapukan celak mata bentuk cecair sepanjang garis bulu mata bawah untuk mencipta penampilan mata yang dramatik.
Mary Kay® Ultimate Mascara
Formula eksklusif luar biasa lebat dan amat tebal ini mencipta penampilan mata yang besar, berani dengan bulu mata terasing yang tahan sepanjang hari, juga untuk untuk bulu mata kelihatan lebih panjang dan lima kali lebih lebat. Ia memberikan begitu banyak faedah, dan dikenal sebagai "satu-satunya maskara yang dikehendaki oleh anda".
Untuk melihat warna-warna Ultimate Mascara,
klik disini
Mary Kay® Waterproof Mascara
Formula yang diuji oleh triatlon mencipta penampilan bulu mata yang lebih tebal, panjang serta kekal lekat walaupun setelah berenang, berbasikal, berlari dan bersenam. Ia juga kalis air mata, kalis air tawar dan air laut serta tahan lembap.
Untuk melihat warna-warna Waterproof Mascara,
klik disini
Tip Pemakaian:-
1. Tarik tetongkat dari tiub tanpa berputar atau mengepam.
2. Sapu maskara berulang-ulang pada bulu mata atas, bermula di pangkal bulu mata menghala ke luar.
3. Kemudian sapu pada bulu mata bawah, sapu sedikit secara berulang-ulang melintasi bulu mata tadi.
4. Untuk memperoleh bulu mata yang kelihatan panjang dan lebat, sapukan selapis atau dua lapis lagi. Biarkan maskara itu kering dahulu antara satu lapis dengan lapis yang lain.
Nota:- Semua maskara Mary Kay menggunakan teknologi Smart Wiper untuk menjadikan pemakaian amat mudah sekali, sementara Oil-Free Eye Makeup Remover menanggalkannya dengan mudah juga.
Mary Kay® Brow Definer Pencil
Mengisi tempat yang jarang di atas kening, digunakan untuk menggaris dan menyerlah atau sesungguhnya mencipta satu garis kening. Pensel dalam bekas kayu ini menggunakan formula kalis air tahan lama dan berkrim yang boleh di lukis secara licin untuk mencipta penampilan yang sungguh cantik.
Untuk melihat warna-warna Brow Definer Pencil,
klik disini
Gunakan goresan halus seperti bulu untuk menggaris dan menyerlahkan kening seperti yang dikehendaki.
Bagaimana Hendak Membentuk Kening:-
1. Kening seharusnya bermula secara langsung dari atas sudut dalam mata.
2. Bayangkan satu garis dari hujung hidung ke arah tengah iris, kening seharusnya melengkung di puncak pada titik di mana garis tadi melintasi kening.
3. Kening sepatutnya berakhir pada satu garis dari luar lubang hidung dan bersilang dengan sudut luar mata.
Bagaimana Hendak Memberus Kening:-
1. Gunakan Dual-EWnd Eyeliner / Eyebrow Brush untuk memberus dari arah bertentangan pertumbuha kening untuk mengeluarkan sebarang mekap berlebihan.
2. Berus semula untuk merapikan kening.
Antara produk mata Mary Kay yang lain:-
Gel kening jernih pelbagai guna ini pantas merapikan kening dengan kemasan matte yang mengemaskan kening tanpa mengemping dan tampak lebih lebat.
Mary Kay® Brow Tools
Set ini mengandungi mini pinset untuk membentuk, mini berus spooley untuk rawatan kening dan mini berus untuk mengaplikasi bedak alis.
Mary Kay Compact ialah impian setiap penggemar trend. Isilah kompak anda dengan rona-rona terbaru dari muka ke mata, pipi ke bibir untuk memudahkan rutin harian anda . Anda juga boleh mengkhususkannya, secara teratur dan cantik.
Untuk aplikasi mekap Mary Kay ® Mineral yang sempurna ia sangat sesuai untuk di isi ke dalam Mary Kay ® Compact. Satu mata span dan satu berus mata.
Brush Collection ini termasuk berus bedak, berus pipi, pembuat definasi berus mata, lipatan berus mata, berus garis mata dan berus kening.